kenevoputih.blogspot.com

kenevoputih.blogspot.com
Blog gambar- gambar kereta... .Blog ni khusus utk aku berkongsi gambar dan cerita dengan kawan-kawan semua . Minat, pendapat, pandangan dan luahan hati aku.. diharap tiada salah anggapan dan serong pandangan serta tersinggung perasaan terhadap apa yang dipapar. jika terdapat sebarang cadangan, pandangan, maklumbalas atau gambar-gambar menarik tentang kereta sila emailkan ke wqr8489@gmail.com atau LIKE page kenevoputih.blogspot kat facebook...

Saturday, August 21, 2010

Waja BMW Cikgu Safuan

Cikgu Safuan ni agak Otai kot antara ramai2 member2 aku pasal modifikasi kereta dan aku rasa dia ni dah masuk tahap Extreme gak laa. Mungkin dia dah declare saudara dunia akhirat dengan abang JPJ. Baru jumpa jejak dia di Facebook dalam sebulan 2 ni.. dulu 1 kelas 1 sekolah kat Sek Men Keb Kuala Krau. antara Romeo sekolah geng2 Lagenda Budak Setan gak. Skang dah jadi cikgu mengajar di KL dan merangkap Jurulatih team bola sekolah!  Alhamdullilah jadi orang gak.. Ha Ha Ha..

Dia ada info aku yg dia merupakan bendahari 2 utk sebuah kelab kereta yang dia join, tapi x berapa aktif. cuma join waktu gathering lepak2 je. ( aktif le jugak tu)... Antara kawan2 aku yg BERUANG dia ni..

Spec keta dia lebih kuang aku listkan kat sini..

Gril E46, Front Bumper Saga BLM, Side mirror M3 design, Front Lamp eagle eyes, Fog lamp Saga BLM, Engine Mitsubishi 1.6 Auto, Lenso Samurai 17 with naked 1 inch, Rear lamp LED Transprnt, Colour Pearl Pink Plus Crystal Pink... 3 Tone Colour... Rear Bumper Evo 8 Design...
sebelum Make over ( Huh! sebelum pun dah smart macam ni.. perghhh )


lawar x? rim dia....

Ni Majlis Bandaran nak saman parking nak tulis kereta jenis apa ye???

Gambo Pihak yang berkenaan...


kos modifikasi kalu x silap di penah bgtau RM13k.. ( betul ke safuan), skang dah rajin masuk Autoshow sekitar Lembah Klang. kpd yg terserempak dgn dia tegur2 la yek. suh dia belanja makan. sebut nama aku 3x.. kalu dia x bayar gak makanan korg, Korang bayor sendiri!

1 comment:

  1. Skang kete ni tgh tggu arahan sita. Mybe akn btukau waja persona pulak. Skang tgh kumpul bajet nak buat mpv dulu. Pastu br kasi transform bentuk len. ;-)

    ReplyDelete

korang jangan mencarut sudah!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...