kenevoputih.blogspot.com

kenevoputih.blogspot.com
Blog gambar- gambar kereta... .Blog ni khusus utk aku berkongsi gambar dan cerita dengan kawan-kawan semua . Minat, pendapat, pandangan dan luahan hati aku.. diharap tiada salah anggapan dan serong pandangan serta tersinggung perasaan terhadap apa yang dipapar. jika terdapat sebarang cadangan, pandangan, maklumbalas atau gambar-gambar menarik tentang kereta sila emailkan ke wqr8489@gmail.com atau LIKE page kenevoputih.blogspot kat facebook...

Friday, August 13, 2010

Berbuka Puasa

Hari ni masuk hari ke 3 puasa tahun 2010.. tapi 1st day aku berbuka puasa bersama anak bini. dah dua hari aku berbuka di tempat kerja bersama staff2. So, lepas geram ke Bazar Ramadan di Taman Ria , bazaar ni kecik je.. aku xnak pegi bazaar besar2 sbb takut nafsu lagi besar. Bulan puasa ni setan kena ikat tapi nafsu rajalela.. ni pun beli macam2
1-Ikan pari bakar -RM4
2-Ayam masak lada-RM2.50
3-Sambal sotong-RM4
4-Nasi Kosong-RM2
5-Air tembikai/belimbing-RM4
6-Popiah (hidangan wajib)-RM1
7-Murtabak-RM1.60
8-Kerabu pelam-RM2
9-Aneka-RM2
10-Kuih Habuk-RM3
Total=RM26.10

Hu Hu tu dia.. kalu hari2 gi bazaar mau cirit birit mcmni.. anyway ni belum pecah rekod lg. Rekod aku kat putrajaya Bazar presint 2 depan MOF. Aku ngan tunang aku masa tu habiskan RM52 di bazaar. Ha ha ha gilo apo!!Nak makan 2 org je..

keta Mampu Milik

mmm ni plak keta kesayangan aku.. Beli tahun 2007.. company tolong bayar DP RM10k ( Thank You Ayamas- Jasamu Kukenang)... 2 minggu sebelum kawin keta ni kuar. So boleh la melaram buat keta pengantin.. asal aku nak keta waja je, tapi masa tu kecoh Waja Campro br kuar.. di hasut dan terpenagruh dengan kawan aku En Zanuar Zubir masa tu, jadi aku amik la keta yg sebijohn macam keta dia cuma no plate je berbeza.. ( Radio keta aku canggih skit masa tu dr keta dia Hu Hu).. pas 2-3 bulan x tahan aku terus masuk skirt, lips ngan spoiler. masa tu aku cuma nak buat smart bodoh je coz keta baru sayang la nak buat extreme2 sgt. masa pindah ke Sg Petani ujung 2008, aku terjumpa ada kedai buat bodykit (Famous gak la kat SG petani ni -Venis) tokey dia nama kevin, masa tu kedai dia tepi billion skang dah pindah kat workshop lagi besar. Tepi Tol PLUS Sp selatan. kat kedai kevin ni aku jumpa Bumper Waja Evo 8 2nd dia nak tolak RM180 jee.. adus tanpa ragu2 dan garu terus sambar. Maka bermula la projek Keta Waja Evo 8 aku ni.. Kebetulan plak masa tu bonus baru kuar.. hu hu ibarat orang mengantuk bg tilam! dan....

Keta Idaman

Ini plak keta idaman aku... aku pun xtau apa punca kenapa aku suka sangat kat Evo. Evoputih asal nama aku amik dr keta pertama aku Kereta Wira yg aku beli tahun 2003.. masa tu dlm kepala otak mmg nak convert kpd |Evo 3.. tapi masa tu gaji kecik je..x mampu le nak buat itu ini. Tu pasal mula2 aku beli keta 2ndhand x le sayang sgt nak modified. Ok keta Idaman aku sblm ni Evo 7 lak, tapi belum sejuk lg kuar evo 8 dan evo 9.. perghh aku mmg x tahan tgk keta Evo kaler hitam. So gambar ni gambar yg aku dah amik lama dr internet dan menjadi inspirasi aku utk projek waja aku. penah gatal2 pegi tanya area cheras cr evo 2nd.. hu hu harga dia RM115k tuuuu. aku tanya apsal mahal sgt? cina tu cakap " abang, ini tayar sama sport lim pun sudah RM15k" aku pun terus buat2 tgk keta iswara yg ada tong minyak kaler kuning kat luar kedai cina tu...

Keta Impian

Salam, arini aku keja petang.. so sesaje nak update blog aku ni. Anyway, blog ni akan banyak citer pasal Kereta-Kereta dan Kereta.. Aku mulakan posting keta aku dengan Kereta Impian.. iaitu keta yg smp tujuh keturunan pun aku xkan dapat. Cuma baru-baru ni aku ada catering di Litar F1 sepangsempena GT japan dalam bulan June 2010. so dapatlah aku amik gambo ngan keta-keta impian. Hu HU sikit info pasal Ferrari yg aku tau actually cerita sebenarnya.. pasal tokeh Sani Express. Sani.. dia beli ferrari selepas dapat mimpi malam sebelumnya.. esok terus pi bayar Down payment RM500, 000. dengar bulan2 installment RM15,000. dia bawak keta tu dr Terengganu ke KL minyak RM300. ( mak oiiii).. mmm citer ni aku baca dalam paper, dia punya Fact aku x sure betul ke x? sesape tau tlg betulkan aku. Anyway enjoy the photo bro...

Wednesday, August 11, 2010

Barclay's Premier League...


Charity Shields dah selesai... MU menang 3-1. x lama lagi bermula lah saingan liga paling diminati di dunia. Pasukan aku dah tentu Manchester United.. so kpd kawan2 aku yg hardcore Anti MU ( budak2 arsenal, chealsea dan paling poyo! liverpool) opsss puasa, x baik ngutuk. dengan ucapan JANGAN ADA BENCI! HU HU HU

Salam 1Ramadan

1st day buat blog...
saja nak kongsi minat dgn kawan2... sesape yg dah master/terror ngan blog tolong tunjuk ajar.

ohh ya Selamat Berpuasa Semua...

thanks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...