kenevoputih.blogspot.com

kenevoputih.blogspot.com
Blog gambar- gambar kereta... .Blog ni khusus utk aku berkongsi gambar dan cerita dengan kawan-kawan semua . Minat, pendapat, pandangan dan luahan hati aku.. diharap tiada salah anggapan dan serong pandangan serta tersinggung perasaan terhadap apa yang dipapar. jika terdapat sebarang cadangan, pandangan, maklumbalas atau gambar-gambar menarik tentang kereta sila emailkan ke wqr8489@gmail.com atau LIKE page kenevoputih.blogspot kat facebook...

Monday, January 3, 2011

NEW PROTON PERDANA?

Passat ganti Proton Perdana?

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Mungkinkah model terbaharu kereta Passat keluaran Volkswagen AG (VW), syarikat gergasi Jerman, bakal menjadi kereta rasmi kerajaan Malaysia bagi menggantikan Proton Perdana V6 Eksekutif yang kini dimamah usia?
Menurut sumber, DRB-HICOM Bhd. (DRB-HICOM) dikatakan akan mengemukakan cadangan itu kepada kerajaan tidak lama lagi.
Kereta Passat merupakan antara model kereta yang bakal dipasarkan oleh syarikat konglomerat tempatan selepas kejayaannya memeterai kerjasama strategik dengan VW baru-baru ini.
Sumber itu berkata, kereta Passat yang bakal ditawarkan untuk kegunaan kerajaan, adalah kereta berenjin 1.8 Turbo tetapi mempunyai kuasa menyamai 2.3cc atau 2.4cc. Ia dikatakan berharga sekitar lebih RM100,000 sebuah.
Difahamkan kereta Proton Perdana tersebut sebelum ini berharga RM130,000.
Sekiranya cadangan itu diterima, kereta buatan Jerman yang akan dipasang di Malaysia itu, akan menggantikan kereta buatan nasional berjumlah beberapa ribu buah di negara ini secara berperingkat-peringkat.
Passat dikatakan berjaya menarik minat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada segi rupa bentuk dan kemasannya ketika menyaksikannya pada majlis pemeteraian kerjasama antara DRB-HICOM dengan VW di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Para pegawai DRB-HICOM gagal dihubungi Utusan Malaysia untuk mendapatkan ulasan.
Cadangan DRB-Hicom dijangka memberikan saingan yang besar kepada Proton Holdings Bhd. (Proton) yang masih lagi mencari kerjasama untuk membangunkan model baharu menggantikan Proton Perdana sedia ada.
Proton sebelum ini turut dilaporkan bakal membangunkan kereta mewah teknologi hibrid Nissan iaitu Nissan Fuga Hibrid untuk menggantikan Proton Perdana.

SUMBER : UTUSAN

PROTON PERDANA 2012 ... MERC & BMW MAKAN ASAP LA !


PROTON kini sedang mengadakan koloborasi bersama NISSAN untuk membangunkan model baru bagi menggantikan Proton Perdana, bagi segmen kereta mewah.
Sumber dipetik mengatakan teknologi hibrid NISSAN iaitu Nissan Fuga Hibrid sebagai model pilihan untuk menggantikan Proton Perdana.




SUMBER : GELOMBANG WANGSA MAJU

1 comment:

  1. Proton tak malu ke, sampai sekarang lagi nak pakai model brand lain dan letak logo sendiri..aduhai...

    ReplyDelete

korang jangan mencarut sudah!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...