kenevoputih.blogspot.com

kenevoputih.blogspot.com
Blog gambar- gambar kereta... .Blog ni khusus utk aku berkongsi gambar dan cerita dengan kawan-kawan semua . Minat, pendapat, pandangan dan luahan hati aku.. diharap tiada salah anggapan dan serong pandangan serta tersinggung perasaan terhadap apa yang dipapar. jika terdapat sebarang cadangan, pandangan, maklumbalas atau gambar-gambar menarik tentang kereta sila emailkan ke wqr8489@gmail.com atau LIKE page kenevoputih.blogspot kat facebook...

Saturday, January 22, 2011

KECURIAN KERETA - INFO UNTUK SEMUA!

Salam,

informasi ni aku dapat dari blog http://firestartingautomobil.blogspot.com/

amat berguna untuk kita yg menggunakan kereta. Kredit untuk admin blog tersebut!

Curi kereta ... Pencuri kereta...

Salam buat pembaca blog kami... Seperti biasa blog ni akan tetap tak putus asa menasihatkan "tolong jaga kereta korang semua yerr".... Jenayah curi kereta adalah jenayah yang mampu mengaut keuntungan lebih setengah bilion ringgit setahun.
Selangor merupakan negeri sasaran pencuri kereta di mana 20 peratus daripada kes kecurian kereta berlaku di negeri itu. Ini diikuti Johor iaitu 13 peratus dan Perak 10 peratus.
kereta jenis Toyota adalah jenama pilihan yang paling kerap dicuri. Sepanjang tahun lepas, sebanyak 1,472 kes kecurian kereta Toyota. Kereta jenis Proton Sebanyak 3,873 dan kereta Perodua pula dilaporkan hilang sebanyak 921 buah pada tahun yang sama..kereta mewah seperti Mercedes Benz, BMW dan Audi juga tidak terlepas daripada menjadi sasaran pencuri kereta.
Jadi, disini kami ingin berkongsi maklumat-maklumat yang mungkin dianggap remeh tetapi sebenarnya penting sebagai peringatan. Meh kita lihat Teknik Senang aje..Macamne nak buka pintu kereta & Hijack Scurity Sistem.. Tidak kira sama ada kereta itu murah atau mahal, pemilik tidak boleh sambil lewa terhadap keselamatan harta benda mereka sebaliknya perlu berwaspada dan memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan selamat sebelum ditinggalkanNi la kelemahan kita sebagai pengguna biasa, kita tak tahu apa yg pencuri tahu.... dengan maklumat ni, kita boleh la buat sesuatu untuk mempertingkatkan ciri keselamatan kereta kita.katakan aku seorg pencuri,mana-mana sistem safety keta boleh kita hack dengan cara yang sama....
1) Pakai master Key
emm kadang kala tu boleh bukak .. kadang kala tu tak leh...


2) Bila Tak leh buka pakai Master key
Selalunya Pencuri kereta Gunakan teknik cam kat bawah ni.... Tapi ade guna gak kalau tertinggal kunci dalam kereta bolehlah ikut cara ni..

Tanggalkan getah pelapik tepi tingkap tu ..Ambil pembaris 12” jolok besi/plastik yang lock pintu tu… hah dah terbukak dah.. Tapi tak semua kereta yang boleh buka cam cara ni.. ade gak yang tak leh buka..


3) Pecahkan cermin pintu kereta..
Cara paling senang guna batu bata dan pecahkan cermin kereta utuk mengambil barang-barang aksesori berharga dalam kereta . Sapa laa yg tak terkilan...barang hilang...keter hancusss,
Jadi untuk mengatasi masalah cermin kereta di pecahkan...banyaklah kedai aksesori memperkenalkan tinted cermin khas berfungsi anti pecah..bukan tak pecah sukar dipecahkan.. Namun , sedarkah kita Tinted cermin yg ditampal dgn penapis haba khas boleh menjadi perangkap kepada diri sendiri dan penumpang lain.. Sekiranya berlaku sebarang kemalangan yg tak terduga, kebakaran, terhumban dalam sungai.. adekah kita mampu menyelamatkan diri..dalam suasana cemas fikiran panic tak mampu berfikir dengan betul.. cara terbaik selamatkan diri dengan cara pecahkan cermin untuk keluar..tapi klu tinted digunakan pada keseluruhan kenderaan.. kebarangkalian terperangkap dalam kenderaan jika kemalangan berlaku adalah tinggi.


4) Copy Alarm frekuensi
Pasang sistem Alarm keselamatan yg sangat senang untuk di hijack... Ramai orang yg dah beli merasakan yg kereta die tu kebal.. siap bangga2 lagi kat member die yg die pakai bende ni, harga mahal, komfem bagus... tarak kad takleh idup kete woooo..Pencuri akan buka pintu kereta itu menerusi teknik membuat salinan kunci kawalan jauh kereta menerusi frekuensi radio. Pencuri akan menyalin frekuensi kunci kawalan jauh menggunakan alat elektronik imbasan (scanner). Atau



5) Hijack Alat Penggera Jika anda pemilik Honda CRV, Camry, Hilux dan lain-lain kereta mewah sila awasi kereta anda, taktik terbaru pencuri CRV dengan menebuk lubang pada kenderaan dan matikan alat penggera, hanya mengambil masa tiga minit. Pencuri akan buat tebuk lubang pada bahagian kanan kenderaan bagi mematikan alat penggera. Lubang sebesar pen kemudiannya ditampal dengan pelekat bagi mengaburi polis. Bila alat penggera dapat di hijack secara otomatik pintu lock terbuka.. Pencuri ni pun sangat profesional..


6) Hijack Wire termiation holder putih Untuk keta biasa yg tak pasang ape2 alat, pencuri akan short kan 3 wayar kat termination putih tu... Ni adalah cara camner diorang idupkan keta dengan shortkan wayar2 tertentu kat termination putih tu...
strategy pencuri ni, mula2 die pakai jumper dah cuba hidupkan kat termination putih tu... kalo tak idup, diorang dah tau, mesti ade pasang bende2 kat dalam (alat penggera keselamatan)... diorang akan trace la kabel tu, tarik bawak kuar, ketuk dashboard bawah tu, untuk trace dan tarik kuar kabel... 3 kabel wire jer yg pakai untuk hidupkan enjin
Untuk pencuri professional, diorang guna garfu bengkok camni.....Lepas tu main tarik jer sume kabel2 yg pegi ke system arus eletrik tu, Cucuk pakai garfu bengkok tu yg putih ngan putih/hitam... Satu lagi kabel hitam/merah/putih tu, die main2 3 kabel tu dan keta pun bleh hidup... wah, so simple...


7) Pakai Starter Lock
starter lock ini di 'ON'kan, enjin kereta tidak boleh dihidupkan seperti biasa. dan terdapat wayer yang mengelirukan pencuri kalo pencuri bukak dalam tu kononnya... tu kekuatan produk ni menurut ape yang salesman tu kata ... tapi pencuri lagi bijak, pintu depan memang kebal, masuk la ikut pintu belakang... pencuri tu cabut buang jer kabel yg kononnya mengelirukan tu, last tinggal la wayar asal yang berwarna, tergantung tanpa sambungan.. tau ler pencuri tu ape nak buat yang penting tarik sampai jumpa wayer asal... atau pencuri boleh hidupkan kereta dengan menggunakan wayer dari hood depan kereta...hanya perlu bukak hood depan keta (tak yah pakai sebarang tool, just tarik kabel dari celah tayar keta dengan tangan kosong)....matikan alarm dan cari kabel DC dan Starter ....just 3 kabel nie, jump 3 wayar nie.



8) Pakai GPS Tracker
Jaga la keta tu bebaik... walopun canggih mane pun system keselamatan tu, jangan la mengharap sangat... GPS tracker ni memang mahal nak pasang, keta die pakai GPS Tracker... hilang.. tapi sebab ade gps, dapat trace balik kete tu... cuma banyak dah eksesori yg hilang...



Tak curi Kereta... Tapi Curi Sport Rem...Emmm kalau dah namanya pencuri... Kereta Tak di kebas tapi sport rem yang di kebas... Ambik Sport rem dan tayar ganti dengan batu bata....
Jadi Nasihat kami pakailah Lock nut tire yang mempunyai bunga pembuka yang tak sama ngan pembuka tayar yang ade sekarang ni... yang pastinya kalau dia tak boleh buka pun sukar buka nut tayar tu...


Camner Nak elak kecurian kereta
Faktor Kecurian berlakuemmm kita kena kaji faktor berlaku kecurian kereta ni mungkin sebab Cuai ,Meletakkan di tempat yang terpencil atau gelap pada waktu malam,Tiada kunci tambahan, Tidak dikunci dan Meninggalkan barang berharga di kenderaan.


Tempat di mana kecurian sering berlakuSila berhati-hati jika parking kereta di Tempat letak kereta di hotel-hotel, Tempat letak kereta awam, Di hadapan rumah, tepi jalan raya atau Kompleks membeli-belah


Bagi mereka yg blum ade ape2 alat keselamatan keta tu, beli la satu stering lock tu besar2... kalo tak pakai ape2 sistem, lagi la meleleh air liur pencuri tu... harga pun tak sampai RM100 (ade jugak yg lagi mahal)... elok la beli yg tu dari dok pakai sistem yg harga beribu ringgit, tapi sangat senang untuk di hijack.


Sila Cabut Stearing kereta... Eeeemm mungkin ade yang menganggap bodoh perkara ni... dan Mr bean pun bodoh... tapi setelah kami dikaji, di teliti secara terperinci... Inilah satu-satu cara yang paling berkesan untuk elak kereta kena curi... Cuba korang pikir kalau pencuri tu dah dapat masuk dan hijack sistem alram scurity yang secanggih mana pun tapi kalau tak ade stearing kereta pun macam mana pencuri tu nak bawak kereta... bagus kan kalau cam tu

Sila pastikan kereta anda
dilidungi insurans dan road tax
Jika pencuri memecah masuk kereta anda mengambil aksesori dalam kenderaan .. aksesori dalam kenderaan anda masih boleh dilindungi dengan insuran ganti rugi yang boleh dituntut pada bila-bila masa... dan road tax kena hidup kalau tak camner nak claim insuranskan..

Fikir dulu ini lah yang paling penting sekali ...

2 comments:

  1. Tahniah.....ada masa gak tulis blog yeee.ingatkan nk tulis pasai tip berniaga kedai makan.........hahaha

    ReplyDelete
  2. suka- suka jaa, nak menulis xpandai.. masuk gambaq jaa. he he

    ReplyDelete

korang jangan mencarut sudah!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...