Bangga dengan kejayaan Proton apabila menduduki tempat kedua dalam kategori Manufacturer’s Championship untuk Asia Pacific Rally Championship (APRC). Untuk makluman, Proton menggunakan Satria Neo S2000 untuk kejohanan ini.
Proton berjaya mendapat kedudukan 1-2 di pusing APRC China beberapa minggu yang lepas. Walaupun ini adalah tahun pertama menyertai kejohanan rally ini selepas berehat selama 5 tahun, ternyata jentera Proton mampu untuk bertanding dengan nama-nama besar seperti Mitsubishi dan Subaru.
Selain daripada APRC China, Proton Satria Neo S2000 juga telah beraksi di Rally of Malaysia, Rally of Japan, Rally of New Zealand and Rally of Australia. Keputusan terbaik yang pernah dicapai oleh Proton ialah tempat kedua semasa di New Zealand. Selain itu Proton juga beraksi cemerlang di Intercontinental Rally Challenge (IRC) bersama dengan nama-nama besar seperti Peugeot, Skoda, Ford, Abarth Fiat dan Honda
Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa Proton tiba-tiba masuk semula ke kejohanan rally sebegini selepas 5 tahun berehat? Untuk pengetahuan anda, adalah cara yang berkesan dan murah untuk mempromosikan jenama Proton ke seluruh dunia. Bila brand sudah dikenali, maka lebih ramailah rakyat negara luar yang berminat untuk membeli kereta Proton. Dan semestinya kejohanan rally ini digunakan untuk menguji keupayaan, kekuatan dan performance Satria Neo.
No comments:
Post a Comment
korang jangan mencarut sudah!!!